Zapin : Tugas Generasi Muda Untuk Meneruskannya

20111130_dinnerJOHOR BAHRU: Penggiat seni zapin di Malaysia, Indonesia dan Singapura sependapat bahawa mereka perlu melibatkan generasi muda dalam memperjuangkan warisan budaya tersebut agar ia terus subur.
Ketua kumpulan Zapin Warisan Pulau-pulau Mersing, Othman Mat Hassan, berkata generasi muda bertanggungjawab memastikan kesinambungan seni yang sudah diwarisi sejak zaman berzaman ini.

Bagi ketua kumpulan Lampong Dance Company (LDC), Indonesia,  Hari W. Jayaningrat, golongan muda tertarik untuk menghayati seni ini apabila mereka dipertontonkan dengan keunikan serta keistimewaan tarian warisan ini.

Ketua kumpulan Persatuan Rakyat, Singapura, Osman Abdul Hamid, pula berkata golongan muda di negaranya tidak asing dengan zapin kerana mereka telah didedahkan dengannya sejak di sekolah menerusi aktiviti ko-kurikulum.

Kesemua pendapat itu disuarakan pada Festival Zapin Nusantara II 2008 yang berlangsung di Stadium Tertutp Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 2 hingga 3 Ogos lalu.