Vijay Singh Hangatkan Golf Terbuka Iskandar 2008

JOHOR BAHRU: Kejohanan Golf Terbuka Iskandar 2008 akan menjadi tumpuan dunia sukan berikutan penyertaan Vijay Singh, pemain nombor lima dunia.
 20120815_apfam_lnd_thumb (1)

Penampilan Vijay di Royal Johor Country Club (RJCC) diumumkan Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman pada sidang media pra-kejohanan di sini.Katanya penyertaan Vijay menambah prestij kepada kejohanan itu yang masuk tahun kedua penganjurannya. 

“Ia juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan Iskandar Malaysia kepada dunia sukan antarabangsa,” katanya.Kejohanan kali ini menawarkan hadiah berjumlah RM1.65 juta, dipercayai yang kedua terbesar selepas Terbuka Malaysia.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar adalah penganjur dan penaja kejohanan ini yang akan berlangsung selama empat hari bermula bermula 30 Oktober depan.

Vijay yang telah memenangi 57 gelaran profesional dengan yang terbaru, The Barclays Classic di New Jersey minggu lepas akan berentap dengan 156 peserta lain.

Lapang RJCC bukanlah asing bagi pemain kelahiran Fiji ini kerana di situlah beliau mengasah bakatnya pada sekitar awal 1980an.

Artemio Murakami dari Filipina yang memenangi kejohanan pertama tahun lepas juga telah mengesahkan kehadirannya untuk mempertahankan kejuaraannya.