Tradisi Marhaban di Saujana Diteruskan

20111129_zaimee-ismailJOHOR BAHRU: Tradisi marhaban di Saujana sempena bulan Syawal berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lepas dengan pernyertaan hampir 100 kumpulan dari seluruh negeri.Antara kumpulan itu termasuklah Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Penulis Johor, Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E Negeri Johor dan Kumpulan Iqratul Muslimah Taman Damai Jaya.

Selepas beberapa tahun penganjurannya, peserta kini lebih kreatif dengan lagu marhaban mereka.Mereka mempelbagaikan persembahan marhaban termasuklah menggunakan peralatan muzik seperti kompang.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada para peserta.

Bersesuaian dengan suasana itu, mereka juga dijamu hidangan Hari Raya seperti ketupat, rendang serta kuih-muih.