TPM dan Isteri Berbuka Puasa di Saujana

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam berbuka di Saujana.

Pasangan itu disertai Dato’ Abdul Ghani Othman dan Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin.

Turut berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar itu ialah kira-kira 2,000 kakitangan perkhidmatan awam Johor.

Mereka terlebih dahulu menyertai majlis tadarus dan khatam al-Quran yang diadakan setiap Ramadhan.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara pemimpin yang hadir pada majlis itu.

Selepas jamuan makan, mereka turut menunaikan solat sunat tarawih.

Mohd Najib dan isteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11 malam.