Peserta Sail Malaysia Passage To The East 2009 (JOHOR) Rally, Dirai

20110217_zakatSeramai 90 pelayar dari segenap negara antara 300 tetamu yang diraikan pada majlis makan malam “Sail Malaysia Passage To The East 2009 (JOHOR) Rally”, di Puteri Harbour, baru-baru ini.
Antara yang mengambil bahagian dalam program jelajah anjuran PassionAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementrian Pelancongan Malaysia ini ialah peserta dari Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Sepanyol dan Canada.Pada majlis itu, peserta dihiburkan dengan persembahan kebudayaan seperti tarian dan kuda kepang daripada Yayasan Warisan Johor (YWJ).

Program jelajah itu bertujuan untuk mempromosikan kawasan pelancongan terutamanya pulau-pulau sekaligus menjadikan Malaysia sebagai destinasi persinggahan kapal layar terkemuka di asia.

Melalui program itu, peserta akan melalui pelayaran selama tiga bulan yang dijadualkan berkahir di Kota Kinabalu, Ogos depan.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Dato Abdul Ghani Othman berkata, Johor memiliki keunikan jajaran pantai dan pulau yang indah, bersih dan berpotensi untuk aktiviti rekreasi dan sukan air seperti Mesing, Pulau Aur, Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Pemanggil.

“Kerajaan sedar kepentingan keindahan alam semula jadi untuk menarik kedatangan pelancong, tambahan pula dengan kemudahan infrastruktur yang serba lengkap.

“Oleh itu, kerajaan akan memastikan pembangunan yang berlaku di Johor, khususnya di Iskandar Malaysia, tidak akan mengancam keseimbangan alam semula jadi,” katanya.

Beiau berkata, di sebalik pembangunan yang berlaku di Iskandar Malaysia, kita sedar akan keperluan memastikan kawasan ini seimbang sebagai tempat untuk bekerja, hidup dan beriadah.

“Pelbagai program pemeliharaan giat dilakukan dan ia bukan sahaja melibatkan kerajaan, tetapi juga sektor swasta dan masyarakat,” katanya.