Pengalaman Angkasawan Perlu Diterbitkan

Don’t use your winnings from playing casino games at www.casinoranking.ca to buy a newspaper. Instead, save the money and get the news online.

20111129_ahmad-maslanJOHOR BAHRU: Pengalaman angkasawan negara khususnya rakaman video semasa menjalani latihan perlu diterbitkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memupuk minat pelajar mendalami bidang sains aeroangkasa.
Menteri Besar, Dato Abdul Ghani Othman, berkata penerbitan dalam bentuk CD ini amat berguna terutama kepada persatuan sains sekolah menyampaikan maklumat yang lebih realistik kepada pelajar.”Kejayaan negara menghantar seorang angkasawan adalah satu suntikan semangat kepada generasi muda supaya mempunyai keyakinan diri dalam melakukan perkara yang orang lain boleh lakukan,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Angkasawan Johor 2009 di Dewan Pusat Islam Iskandar, semalam.

Menurutnya, selain penerbitan dalam bentuk CD, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara juga perlu mewujudkan simulasi pengalaman di angkasa yang dilalui kedua-dua angkasawan itu supaya generasi muda dapat merasakan pengalaman tersebut.

“Jika ini dapat dilaksanakan, bukan sahaja minat terhadap bidang sains aeroangkasa dapat dipupuk, tetapi boleh meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menyokong usaha kerajaan dalam menjayakan program penerokaan angkasa lepas pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaled, turut menceritakan pengalamannya kepada kira-kira 1,200 hadirin yang terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Dalam ceramahnya yang berlangsung kira-kira sejam, Dr Faiz turut memberi nasihat kepada pelajar supaya tidak terlalu memanjakan diri untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri M Asojan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof. 

Sementara itu, bagi pelajar tingkatan dua Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Ilham Farhana Haron gembira dapat bertemu dengan angkasawan negara yang sebelum ini hanya dikenalinya melalui televisyen dan akhbar.

“Peluang mendengar pengalaman beliau membuatkan saya semakin beminat untuk menjadi seorang angkasawan sepertinya,” katanya.

Penuntut Politeknik Johor Bahru, Fatin Hussna Othman, pula menganggap peluang bertemu dengan angkasawan negara adalah satu  pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Kecekalan, ketabahan dan ketekunan beliau dapat dijadikan contoh untuk berjaya pada masa hadapan,” katanya.