Majlis Kebudayaan Johor dan YWJ Anjur Sambutan Hari Raya

20130730_muaallaf_lnd_thumbJOHOR BAHRU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor (YWJ) semalam berlangsung dengan mengekalkan adat Melayu.Suasana Hari Raya dirasai apabila acara dimulakan dengan marhaban daripada kakitangan YWJ.

If you want to read about what is happening around the world, you can do so on your phone. You can also play casino games at http://www.slotsexpert.ca on your phone.
Tetamu yang hadir pada majlis di rumah limas YWJ itu berpeluang menjamu hidangan raya di meja bersila sambil dihiburkan dengan persembahan daripada Orkestra Asli Iskandar Johor, artis YWJ serta Juara Bintang Asli 2008, Azizul Hafiz.Berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Asiah Md. Ariff berkata majlis seperti ini amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung dapat merapatkan ikatan silaturrahim antara keluarga dan kaum.

“Ia juga dapat merapatkan hubungan sesama keluarga yang jauh dan berpeluang berkumpul bersama,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil dan Speaker Dewan Negeri, Dato’ Ali Hassan antara yang turut hadir.