Harun Johari Ketua Pegawai Eksekutif IRDA Baru

20111129_tumpukaunter-pendaftaran-umno-mula-menjadi-tumpuan-perwakilan-dari-seluruh-negeriYONG PENG: Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Harun Johari, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IRDA yang baru berkuatkuasa Februari ini.Harun menggantikan Dato’ Ikmal Hijjaz yang memegang jawatan tersebut sejak 23 Februari 2007.

Ikmal juga adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad sejak 2003 dan beliau pernah berkhidmat dengan Kumpulan UEM.Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, yang juga Pengerusi bersama IRDA mengesahkan perlantikan itu ketika menjawab pertanyaan media mengenai desas-desus perkara tersebut pada majlis persamian bangunan pejabat korporat baru Teo Seng Capital Berhad, di sini hari ini.