Festival Zapin Kembali Lagi

20111129_tumpukaunter-pendaftaran-umno-mula-menjadi-tumpuan-perwakilan-dari-seluruh-negeriJOHOR BAHRU: Warga Johor dipelawa untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan Festival Zapin Nusantara II 2008 di Stadium Bandaraya, dua hari berturut-turut mulai esok, jam 8 malam. 
Festival yang kali pertama dianjurkan sejak 10 tahun, kini kembali dengan penyertaan 16 kumpulan zapin dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Antaranya ialah Kumpulan Yayasan Warisan Johor, Kumpulan Zapin Tidung (Sabah), Kumpulan Sanggar Teratak Jambi (Indonesia), Kumpulan Sanggar Warisan Bengkalis (Indonesia) Zapin Sungai Kallang (Singapura ) dan Kumpulan Zapin Gemersik Ombak (Singapura).

Festival ini bertujuan memperkasakan budaya dan khazanah seni warisan Johor selain menyemarak kecenderungan masyarakat terhadap seni tari zapin Melayu.

Ia dianjurkan Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor dengan tema Pemerkasaan Warisan Melayu Johor.

Masuk adalah percuma.