Brunei Mahu Melabur Di Iskandar Malaysia

20111129_yb tahirJOHOR BAHRU: Iskandar Malaysia dijangka mendapat suntikan berterusan apabila Brunei pula menunjukkan minat yang mendalam untuk melabur dalam wilayah pembangunan ekonomi itu.
Hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan empat mata sempena Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei dalam pertemuan Ke-12, di sini, semalam. 
“Baginda telah pun menyatakan keinginan untuk mempertimbangkan beberapa peluang yang ada bagi melabur di kawasan ini,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar lewat petang semalam.Hari ini, Sultan Brunei diberi taklimat mengenai Iskandar Malaysia oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, serta turut dibawa menaiki helikopter untuk meninjau keseluruhan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia dari udara.

Perkembangan terbaru itu sekiranya menjadi kenyataan, menjadikan Brunei pelabur terbaru di wilayah Iskandar Malaysia yang sebelum ini telah pun mendapat jaminan pelaburan dari beberapa benua bernilai RM33 bilion.

Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada penghujung 2006 dengan keluasan 2,200 kilometer persegi dijangka muncul sebagai pusat pertumbuhan utama di rantau ini dengan keutamaan kegiatan dalam bidang perkhidmatan selain kewangan, pendidikan, perubatan dan pelancongan.