300 Serta Majlis Kesyukuran Sempena Hari Kemerdekaan

Antara jemaah yang hadir sempena majlis tahlil dan doa keyukuran sempena bulan kemerdekaan peringkat negeri Johor

MERSING: Lebih 300 orang memenuhi setiap ruang Masjid Jamek Mersing pada 31 Ogos lepas untuk menyertai majlis kesyukuran sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

Majlis yang bermula jam 6.30 petang itu diisi dengan bacaan surah Yassin dan hadirin kemudian bertahlil.  Ia dipimpin Mufti Johor, Dato’ Noh Gadot.Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, Speaker Dewan Negeri, Dato’ Mohd Ali Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Agama,  Dato’ Zainal Abidin Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof  turut menyertai majlis itu.